PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan anak bongsunya Muhammad 'Ali yang dilahirkan pada 19 September lalu merupakan cahaya mata yang dinanti-nantikan keluarganya.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
"Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.
"Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.
"Jadi, kelahiran Muhammad 'Ali menjadi anak cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu ramai sejak sekian lama," kongsi Alif.
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran 'Ali.
"Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
"Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
"Tepat pukul 11.21 malam, 'Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning," ujarnya.
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Sha Dila pernah mengalami keguguran pada awal tahun ini namun disahkan hamil semula tidak lama selepas itu.
Gempak
Thu Oct 10 2019
Kata Alif, anak lelakinya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kerana lahirnya pada tarikh yang sama dengan hari jadi Alif. - Astro GEMPAK
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.
PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.
Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.
Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.
Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."
Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Siapa sangka pendakwah terkenal dunia solat bersebelahan dengan artis terkenal itu.
Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas
Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai suaminya.
Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.